Sunday, February 6, 2011

SESAT

6 Feb 2011 ~ Hari ni hari yg sungguh memenatkan..  kuar umah dr pagi... now 11.30pm baru smpai umah.... Perjalanan pertama ke lokasi wedding Hanis Hamdan kat Taman Melawati Fasa 5.  xjauh pun dr rumah aku... tp memandangkan aku ajak kekasih hati pergi sama, so kena amik dia kat umah... then menuju ke Kerinchi untuk amik Kak Yang..... Lepas tu barulah ke rumah Hanis....
Hari ni pakai baju baru warne UNGU sumbangan mak aku... hehehheheh
Dah habis kt umah Hanis, perjalanan diteruskan untuk ke kenduri doa selamat sempena hari jadi kawan baik aku masa kat KUSESS.. Mohd Hafiz Bashah..... & sempena pembukaan Tahsin Tilawah Bistari, Desa Saujana Sg Merab... Huh,tp perjalanan nk ke sg Merab mmg mencabar.. byk kali sesat da....huhuhuhu.. tp mengenangkan jemputan ini bermakna bg seorang kawan, aku gagahkan diri untuk mencari lokasinya... =)

Majlis yg sepatutnya bermula pada jam 4ptg tertunda sehingga jam 5.30pm... Tp berbaloi.. ada ceramah2 agama yg disampaikan.... Ceramah berkisarkan mcm mn kita nk menjadikan AlQuran itu sebagai peneman kita sepanjang masa... Tersentuh mendengar ceramah tu... Lama jugak aku x baca kitab suci ni...

Kat sini jugak aku berpeluang berjumpa dgn anak-anak yatim di bwh jagaan Hafiz... mendengar kisah mcm mn dorang boleh smpai ke rumah anak yatim ni membuatkan hati aku tersentuh.... Ada sorang budak ni, mak bapak dia x nk dia, so antar umah atuk dia.... atuk dia pun xnk terima...lalu atuk budak ni buang je budak ni tepi jalan... bayangkan, budak ni masih bayi lg... yg buat aku terharu, ada seekor anjing yg jumpa budak ni gonggong budak kecik ni bawak kt kawasan yg ramai org... org ramai yg prihatin amik budak ni n serahkan pada jagaan rumah anak-anak yatim... budak ni asalnya org india yg beragama Hindu... tp telah di Islamkan dan aku hanya enal budak ni dgn nama SITI... bayangkanlah, anjing pun tahu erti kasih sayang.... kenapalah manusia ni berperangai yg bukan seperti binatang ini masih wujud lg..... MasyaAllah.... Ya Allah... Ampunkan lah dosa kami... Janganlah Kau turunkan bala pada kami kerana kelalaian kami ini Ya Allah... Aminnn...

Moga, aku mendapat pengajaran dr semua ini.... Moga hari ni lebih baik dr hari semalam....

Aminnnn...

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..cuma menghulur salam persahabatan dari Sophea Asheeqin..Syukran jazilan...

    ReplyDelete